0

Capati anganku musnah

Posted by syazelle on Aug 22, 2010 in Foods, Luahan hati dan perasaan

Wakakaka.. Lucu betol peristiwa hari ni.. Konon² nak buat capati la.. Siap beli tepung “special” kat Asiana semua.. Dengan yakinnye cakap kat Peiruz, “Haa.. betol la tu kot untuk buat capati.. Dalam banyak² tepung, yang ni je ade muke orang india”.. Kitorang pon beli la tepungnye, nama tepung tu dalam french pois ciche = kacang dhal.. Ingatkan tepung atta (tepung yang digunakan untuk buat capati) la kan ‘pois ciche’ tu..

Cara-cara pon dimulakan la dengan menyukat tepung dengan betol (penimbang electronic howkey..).. Disusuli dengan marjerin, garam, dan air.. Uli punya uli, tepung ni tak nak jadi doh.. Die melekat, then kuning semacam je, dah rupe macam laddu (manisan orang India tuu).. Hmmm.. Ade doubt disitu.. So, berhenti menguli dan Google la ape bende tepung atta tu.. Rupe-rupenye tepung atta tu tepung wholemeal kooottt!!!!!

Cih, kiciwa dengan ‘pois ciche’ dan tepung atta.. Nape dalam resepi, orang tu tak cakap je tepung wholemeal?? Kan berlambak kat carrefour tu.. Ades, maka dengan itu, pengajaran nye disini adalah, sila buat research betol-betol sebelum buat ape-ape. Yeeee.. Pakcik google is your friend. Menu malam ini adalah, tumis sardin, ikan masin dan telur dadar.. Makanan ruji ketika malas dan dah takde pape di peti ais.. Ok, nak melipat baju.. Selamat berbukaaa….

Out.

0

Lemon Chicken

Posted by syazelle on Aug 18, 2010 in Foods

Yeay.. Semalam satu lagi achievement buat diriku.. Berbuka dengan Lemon Chicken like chinese’s cook… Sweet tangy taste.. Nak tulis recipe, tapi banyak keje skang ni.. Tetiba busy pulak aku bila dah last week bekerja ni..

Adei.. Tengok gambar je la k.. Nanti² masa lapang akan ku tulis recipe nye yee..

*Lemon chicken*

5

Roti canai dan dot dot dot dot

Posted by syazelle on Aug 15, 2010 in Everyday Life, Foods

Semalam sabtu, memang super rajin.. Surfing² recipe then ternampak roti canai yang cantik sangat.. Hahaha.. Pastu teringin la pulak nak buat roti canai untuk berbuka.. Teringat gak roti canai nenek yang sangat rangup dan lazat.. Aishhh.. Pagi-pagi lagi dah menguli tepung sebab dalam recipe cakap kene perap sampai 3 jam.. Ok, then around kul 2.30 tghari tu kak diy pulak call.. “Bertanya khabar” dan ajak kitorang berbuka kat ambassade*..  Then ok la, lepas je kak diy call, masak kari untuk 10 orang and nasib baik la adunan roti canai tu bole buat sampai 14 ketol.. huhu..

Kul 7.30 camtu bertolak dari Juan Les Pins ke Nice bersama-sama encik Peiruz.. Aktiviti berbuka puasa.. Kat Ambassade ade Kak Diy, Soob, Acap dan tetamu² undangannya Kak Lani, Che Pah, Ijat, Kak Syikin n Junnie. “Kaki-kaki” biasa.. Berkat gila, semalam punya berbuka macam makan kat Malaysia koott!!! BAZAR free.. Semua orang berbakti dan memberi sumbangan..

*roti canai n kari ayam ku*

  • Me n Peiruz: Kari ayam dan roti canai tarik (hahah.. nape tarik?? Sebab tak reti tebar.. kuikuikui)
  • Kak Diy: Chicken wings goreng
  • Kak Diy n Kak Lani: Kuih Lapis SEDAP!!! Jadi koot.. Pandai dorang ikut recipe..
  • Soob: Kuih Tepung Pelita.. Banyak tauu die buat.. 6 tupperware besar… Untuk masa depan katanye.. hohoho
  • Ijat: Murtabak daging yang banyak daging.. Best giler!! Kalo jual confirm rm5 satu.. memang gigit daging saje tauuu.. tak rugi beli..
  • Che Pah: Kari kentang untuk dimakan bersama murtabak.
  • Soob n kak lani lagi: Bihun goreng..
  • Acap: Air dan sous chef ambassade.. Bantu membantu.. Orang penting ni..
  • Kak syikin n Junnie: Air dan Nenas!!

Banyak kan..Kalo tengok hasil lagiii best.. Macam tak duduk kat France pon.. Heeee… Jangan terliur.. Sorry la post bulan ni asyik pasal makan jeee.. Sebab excited sangat tengok makanan yang masing² pandai buat, kene la share bersama² disamping as souvenir kat blog!!

*dough roti canai yang perlu diperap*

*yang kaler putih tepi kuih lapis tu ialah tepung pelita soob k*

*voila*

*Ambassade: adalah embassy in french.. bukan la embassy Malaysia betol² pon.. hanya dikalangan kitorang budak Nice je sebab kat situ la aktiviti² ktorang slalu jalankan.. I will miss this place and its memory next year.. ;)

3

Brown Sauce

Posted by syazelle on Aug 12, 2010 in Foods

Semalam succes cita-cita nak buat juadah²  dalam post semalam.. Just bubur jagung sagu ku “manih leting”(slang kelantan diperlukan disitu..).. Hari ni nak buat ikan bakar pulak! Ramai bagi idea (kasi jealous) ikan terubuk bakar.. Mane la pulak ku nak carik terubuk.. Tapi, semalam pegi carrefour memang beli ikan mahal ok!! Dorade Noire 10€/kg taauuu!! Hohoho.. Sebab itu je ikan murah yang tinggal kot.. Ikan mackerel 3€/kg dah “enteng”(slang jawa diperlukan disitu..hahaha)..

Hari ni nak share recipe brown sauce untuk makan dengan lamb chop or steak or chicken chop. Ni recipe my mother.. Best tau… Bole buat cicah² untuk makan dengan fries and nuggets! Mari mulakan..

Bahan-bahan (semangkuk):

  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1 biji bawang merah diricik halus
  • 2 sudu butter untuk menumis
  • Satu ketul ayam bahagian tulang yang dipotong kecil (bole jugak gune daging)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar BBQ sauce
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
  • black pepper
  • gula

Read More…

0

Satu Ramadhan

Posted by syazelle on Aug 11, 2010 in Everyday Life, Foods

Hari ni 1st day puasa. This is not the first time puasa kat France tapi first time puasa time Summer!! Ya tuhan, lame betol.. Ini pon bersyukur sangat² dah sebab dah bucu² summer, kalo awal² summer aritu, memang perutku tak berenti menyanyi dari pagi ke malam!! Menangis beb!! Tahun depan ni, tak tau la ape ku nak katakan.. Redah je laa kot..

Semalam beli kambing. So harini dengan perasaan lapar, tamak dan bernafsunye nak buat lamb chop + fries + salmon salad + brown sauce + bubur jagung.. (Terliur pleasee..).. Hahaha.. Sume ni pon fevret Peiruz, so arini nak balik keje awal! Pukul 4 ciao g carrefour!! Yesh..Nah, teaser dulu.. Esok kalo ingat upload personal photos.. ;)

Syaz’s out drooling.. Assalamualaikum. Selamat menjalani ibadah puasa to all my families and friends in Malaysia, France, and wherever you are!

p/s: sekarang ni fever “My Wife and Kids”.. best gile!!! 2nd best after “FRIENDS”.. each episod confirm terbahak² macam pompuan gile please! hahah.. ok i’m out..

2

Daging Masak Merah ala Gerai

Posted by syazelle on Jun 10, 2010 in Foods

Ape?! Resipi?? Yeaaay!! Lame gile tak buat post resipi.. Heheee..

Resipi kali ni ialah daging masak merah macam kat gerai. Dah banyak try and error yang dilakukan, dan akhirnya berjaya jugak ku mereveal resipi ini.. (Echeh.. Gaya macam takle cek kat internet kan.. Tapi dh try la, tak same pon…)

Ngengade sangat nak resipi ni sebab kalo pegi makan gerai-gerai tepi jalan dengan family, memang kitorang akan order makanan yang sama je which are: daging masak merah, telur dadar, tomyam campur and kailan ikan masin!! Kombo yang sangat lazat pleasee!! Hahaha..Ok², mari kite mulakan:

Bahan-bahan:

  • around 400g daging lembu
  • 2 ulas bawang putih dihiris halus
  • 1 inci halia dihiris
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 3-4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar kicap
  • 1 sudu serbuk ikan bilis
  • garam, gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Daging mentah dihiris-hiris halus ikut citarasa. Ketebalan 1 cm ok kot.
  2. Lepas dah hiris, rebus daging² ni sampai hilang merah. Tak payah lame sangat sebab dah nipis.
  3. Toskan daging yang dah direbus, air rebusan ni jangan dibuang. Bole dibuat sup ataupon tomyam sebagai kuah sampingan. Heee..
  4. Panaskan minyak didalam kuali, kuantiti minyak ni macam konon² nak goreng daging.
  5. Tumiskan bawang² dan halia, bila dah naik bau, masukkan sos cili, kicap, serbuk ikan bilis, garam dan gula.
  6. Sederhanakan api dapur. Bila semua sos dah rata, masukkan daging pulak.
  7. Gaulkan rata daging² dengan sos. Minyak memang banyak, so kita tinggalkan daging digoreng dengan minyak bersos itu.
  8. Api still sederhana. Bila dah sedikit garing, boleh tambahkan bawang besar potong bulat.
  9. Siap sudah!!

Oh, jangan lupe masak nasik dulu before start masak ni.. Dah siap bole makan terus!! Yummy!

2

Pizza Galore

Posted by syazelle on Dec 6, 2009 in Foods

Salut,

Semalam dah promis nak cerita kes bakar-bakar kat umah kak diy.. Haha.. Macam series je bunyi nye sedangkan bukannye ape pon yang dibakar.. Semalam kitorang menjalani aktiviti membuat pizza sendiri.. Hehe. Sedap btol pizzanye tapi sayangnya roti pizza tu tak masak sangat.. Maybe faktor² yang menyebabkan roti pizza tu tak masak adalah yang berikut:

  • Inti atas pizza tu byk sangat sampai tak ingat dunia..
  • Oven tak cukup kuat untuk masak roti pizza kitorang.. (Homemade dough tu.. Kak diy yang gigih menguli..)
  • Yis yang disangka yis rupanya soda bikarbonat.. So maybe dough tu susah sket nk naik..

Hahaha.. Ini pengalaman pertama.. Takpe, lenkali kite buat lagi k.. Improved version. Huhu.. Konon² nye nak buat pizza hawaiian la, seafood ala² pizza hut la, beef pepperoni la.. last² sume pizza jadi extravaganza.. kitorang campak je sume ingrediants dalam pizza.. Hahaha.. Nafsu punye pasal.. Ini la gambar² hasil dari hasil seharian kami.. Eh, tak lupa jugak, kitorang buat tarte aux pomme or apple pie!! Sedap k.. hehehe


IMG_0469

preparation bench..  1st pizza: bulat


IMG_0468

macam-macam adeee…


IMG_0471

sedap ooo…


IMG_0473pizza 2nd: patsegi..


IMG_0480

3rd pizza: bujur..


IMG_0477

preparation apple pie..


IMG_0479

voila².. ready to go..


IMG_0484best!

Itu sajeee… Hehehe.. Nanti cuti masak benda laen k.. :D

0

Plan for today..

Posted by syazelle on Dec 5, 2009 in Everyday Life, Foods
  • G umah kak diy maen bakar².. haha.. tomorrow’s entry akan di detailkan..
  • Masak cekodok pisang untuk breakfast..
  • Malam nanti kalo rajin nak pegi Nice or mane² je la.. Nak makan churros!! Ape itu churros? Spanish donut yang sedap gile (gambar di bawah)! Tapi berminyak betol.. Tapi takpe, sebab setahun bole makan time december je.. Bile nak christmas, baru banyak kedai² churros ni ade.. Kalo tak susah nak jumpa.. Ok..

A demain..

3

Spaghetti Bandung

Posted by syazelle on Nov 30, 2009 in Foods

Jeng… Jeng.. Jeng.. :p

Assalamualaikum..

Lame rasenye tak buat entry pasal masak-masak kan.. Hehe.. Dah lame tak try resepi baru yang best, sebab tu la tak taruk dalam blog.. takpon sebab malas.. Most of the time malas la.. Hehehe..

Ok, hari nak share pengalaman buat spaghetti bandung/ mee bandung.. Kat sini takde mee kuning, so gune la spaghetti as substitutes.. Sumpah senang gile masak makanan ni rupenye.. And sedap pulak tu walaupon ini first time mencuba masak.. heheee.. Perasan lak.. Ok, cmni.. Mari mulakan:

Bahan-bahan:

  • Spaghetti 300g direbus
  • Isi ayam dipotong kecil n sedikit tulang ayam. Sime skali around 200g kot.. Ikut la masing² kalo nak ayam byk, bole taruk lebih.
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bwg putih
  • Sedikit udang kering or kalo ikan bilis
  • 2 sudu besar cili kering blend
  • 2 sudu tomato puree
  • 1 sudu sos tomato
  • 1/2 biji tomato
  • 3 sudu lemon squeeze
  • 3 biji telor
  • 1 batang carrot

Cara-cara:

  • Celurkan spaghetti, then letak tepi.
  • Then blendkan bawang besar, bawang putih, udang kering.
  • Panaskan minyak around 2-3 sudu untuk menumis. Bila minyak dah panas bole tumiskan hasil blend dan cili kering.
  • Tumiskan sampai naik minyak then masukkan ayam yang dah potong² tu.
  • Gaul sebantar then masukkan around 1.2 liter air.
  • Rebuskan sampai ayam separuh masak.
  • Lepas tu masukkan sos cili, tomato puree, lemon squeeze,tomato dan carrot yang telah dipotong ikut cita rasa, garam, gula n aji secukup rasa.
  • Rebuskan 5 minit camtu then bole pecahkan telor.
  • Renehkan lagi 5 minit then bole tutup api!

Voila!! Siap sudah spaghetti bandung..

IMG_0443

IMG_0445

Haaaa.. Senang kan.. Promis senang gile! 30min bole siap, then lagi berkhasiat daripada makan megi.. Hehehe.. Ok, itu saje.. Sila la makan ketika panas.. Hahaha.. Bon appetit!

3

Motif Diketahui

Posted by syazelle on Jun 14, 2009 in Foods, Luahan hati dan perasaan

Tengah beajar ni, then rase nak ngap-ngap..

Amek Want want senbei rice crackers speket then makan. Nyap..nyap.. nyap.. Sakit kepala! Bang!

Motif sakit kepala ku adalah: BISKUT WANT WANT SENBEI RICE CRACKERS!

Memang sah!! Tiada keraguan lagi..

BAN WANT WANT SENBEI!!!


*sekarang dah sakit kepala dah..adei*