Minister Visit
Wow!
Big event coming up this weekend. Our dear Minister of Entrepreneur and Cooperative Development / Menteri Keusahawanan dan Pembangunan Koperasi/ Ministre du Development Cooperative et d’Entrepenat de Malaisie, YBM Dato’ Noh Omar and his delegation are coming down to Nice!! Which mean Dinner with Minister AGAIN.. Hohoho..
Selama 3 tahun saya di Nice, ini juga adalah kali kedua ketiga dapat makan dengan Menteri.. Wahh.. Nikmat jugak jadi student oversea ni. Tiap-tiap tahun makan besar n FREE..
Tahun pertama- Menteri Penerangan Malaysia pada tahun tu YB Datuk Zainuddin Mydin yang datang ke France untuk Festival Filem di Cannes.Time ni makan kat Hotel Le Meridien Nice and dapat duduk semeja dengan Setiausaha dia n anak sedara dia.
Tahun kedua- Menteri Pelajaran Malaysia, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein yang datang ke France untuk mesyuarat UNESCO di Paris dan Sukan Tahunan MASAF yang dianjurkan oleh student-student Nice. Time ni makan kat Hotel Palais de la Mediterranée and dapat duduk semeja dengan Dato’ and Datin.. Hohoh.. Maklumlah, Ketua AJK Masak-masak untuk Sports day tu. Hahaha..
Tahun ketiga- Menteri Keusahawanan dan Pembangunan Koperasi, YB Dato’ Noh Omar dengan Ketua Pengarah MARA Dato’ Nam Marithinin. Motif sebenar tak diketahui, nanti saya update la ye.
Untuk majlis makan malam kali ni, saya dipertanggung-jawabkan untuk menyediakan BUKU PROGRAM. Hmm.. First time dalam hidupku sebagai pelajar kene buat-buat buku official ni. Sebelum ni just berganding bahu dan kaki bersama ILI n HANAE buat page kelas Form 5 ktorang, kali ni Menteri plak nak kene baca. Hohoho.. Buku ni bi-lingual; MELAYU and FRENCH. Kene translate dalam French sebab ade jugak delegasi cikgu-cikgu French yang ajar ke tak? ktorang.
Susah betol nak translate Melayu jadi French. Kelakar btol ayatnya.. Tapi, ade ayat-ayat yang tak sedap apabila di translate jadi Melayu, so, saya biarkan je jadi English. Boleh kata, buku Program saya ni Rojak la.. hahaha.. Nak buat macam mana.. Bayangkan:
- Professional Degree Automatic System and Industrial Netwok => Sarjana Muda Profesional Sistem Automatik dan Rangkaian Industri. – Vegetable Curry => Kari Sayur- Sayuran
Pelikkan bunyinye.. Hmm.. Bukan tak berbangga dengan bahasa sendiri, tapi untuk tidak membuat sume orang ketawa kat saya, saya letak je bahasa English. Ngengenge.. Senang keje aku.. Nanti dah siap, saya akan upload untuk di print oleh kawan-kawan yang dijemput sekalian. Budget tak cukup la nak print banyak-banyak. Hahaha.. Daa~~
