MATAHARI
Untuk pengetahuan semua, diriku adalah salah seorang peminat setia site www.tv3.com.my.. Suatu ketika dahulu, website tv3 ni menjadi tarikan ku setiap hari. Hampir semua drama-drama Melayu dalam catch up tv nye aku khatam. Tapi sejak 3 minggu yang lepas, minat ku nak menonton drama tv3 ni, merudum macam bursa saham dunia. (lol..)
Kalo ikutkan dulu, setiap slot aku tengok.. Katakan saja pape, contohnya: akasia- SpaQ , aksi-Pepaya, seram- Keliwon, lestary- Ku milik mu, senda pagi- Berek, memang sume tengok la.. Tapi sejak cerita SpaQ2 diganti dengan cerita MATAHARI, keinginan dan ghairah untuk tengok tv tu jadi kurang. Aceli, baru je lepas “scan” episod terbaru cite Matahari ni selepas 4 episod dah tak tengok.
Mula-mula tadi nak leave a comment kat page cerita tu, tapi nanti orang lain reply lak “Kalo tak suka jangan la tengok..” (that’s the exact word that I would say to someone who comment so much.. :p). So untuk mengelakkan orang laen marah-marah aku kat site tu, baik ku luahkan disini saja..

