3

Owh Geram!

Posted by syazelle on Dec 7, 2009 in Luahan hati dan perasaan

Pagi ni bangun takde la lambat, tapi à l’heure gak la.. Pastu pakai bukak tudung nak dekat 5-6 kali sebab tudung ni degil gile nak terbentuk.. Itu satu hal, pastu pegi la kelas macam biasa, tetapi dengan tak semena-menanya, nampak scratch yang sangat besar kat Bonnie!!!!!!!!

Bencinyeee!!!! Marah gile kot pagi tadi.. Jalan tu punye la besar, ade jugak makhluk yang tak bertanggungjawab calar-lari kereta aku! Cis! Memang berapi laa.. Ape yang mem”bengkak” kan ati ni lagi, semua calar-balar dan kemik-kemuk Bonnie bukan disebabkan oleh diriku.. Hasil daripada langgar lari dan calar lari orang² yang tak bertanggungjawab.. Soob punya kesalahan dimaafkan sebab dia share bayar repair Bonnie..  So takpe..

Aduhlaa… Kesian Bonnie.. Punya la tuan die ni penuh berhemah tinggi semasa membawanya, orang laen yang menyakiti dirinya..

Kesian tau!!! Jatuh harga nak jual nanti.. :(

4

Ubat Bonnie

Posted by syazelle on Feb 11, 2009 in Everyday Life

bonnieBonnie

Hari ni, sinar baru untuk Bonnie (kereta ku yang sakit). Ubat yang ku order daripada Internet untuknya telah ku terima. Setelah sekian lama die terseksa, kini mungkin die akan sihat and POWER kembali seperti dulu. Borang pesakit:

  • Nama Pesakit: Bonnie
  • Jenis Pesakit: Renault Clio 1
  • Warna Pesakit: Putih-putih Susu
  • Tarikh lahir Pesakit: July 1991
  • Diagnostik penyakit: Clutch plate yang haus. Maka, tidak mampu lagi untuk menaiki bukit yang condongnya melebihi 20° dan memecut dikala sudah berhenti. Lemah.
  • Doktor-doktor diagnostik: Banyak la jugak.
  • Pakar bedah: Alexandre Fonseca. hahaha. <– Classmate Polytech yang terer godek kete.

Hahaha.. Cian Bonnie ku ini. Before ni, ade orang diagnos yang mungkin spark plug nye yang perlu ditukar. Maka, diriku (dibantu Encik mdpai) pon menukarnya la sendiri. Pegi Carrefour, pastu pilih spark plug yang seswai dengan Bonnie (terasa bangga sebab tukarnya sendiri.. hihih..). Tapi, agak mengecawakan apabila bukan itu penyakit sebenarnya. :(

Read More…