3

Spaghetti Bandung

Posted by syazelle on Nov 30, 2009 in Foods

Jeng… Jeng.. Jeng.. :p

Assalamualaikum..

Lame rasenye tak buat entry pasal masak-masak kan.. Hehe.. Dah lame tak try resepi baru yang best, sebab tu la tak taruk dalam blog.. takpon sebab malas.. Most of the time malas la.. Hehehe..

Ok, hari nak share pengalaman buat spaghetti bandung/ mee bandung.. Kat sini takde mee kuning, so gune la spaghetti as substitutes.. Sumpah senang gile masak makanan ni rupenye.. And sedap pulak tu walaupon ini first time mencuba masak.. heheee.. Perasan lak.. Ok, cmni.. Mari mulakan:

Bahan-bahan:

  • Spaghetti 300g direbus
  • Isi ayam dipotong kecil n sedikit tulang ayam. Sime skali around 200g kot.. Ikut la masing² kalo nak ayam byk, bole taruk lebih.
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bwg putih
  • Sedikit udang kering or kalo ikan bilis
  • 2 sudu besar cili kering blend
  • 2 sudu tomato puree
  • 1 sudu sos tomato
  • 1/2 biji tomato
  • 3 sudu lemon squeeze
  • 3 biji telor
  • 1 batang carrot

Cara-cara:

  • Celurkan spaghetti, then letak tepi.
  • Then blendkan bawang besar, bawang putih, udang kering.
  • Panaskan minyak around 2-3 sudu untuk menumis. Bila minyak dah panas bole tumiskan hasil blend dan cili kering.
  • Tumiskan sampai naik minyak then masukkan ayam yang dah potong² tu.
  • Gaul sebantar then masukkan around 1.2 liter air.
  • Rebuskan sampai ayam separuh masak.
  • Lepas tu masukkan sos cili, tomato puree, lemon squeeze,tomato dan carrot yang telah dipotong ikut cita rasa, garam, gula n aji secukup rasa.
  • Rebuskan 5 minit camtu then bole pecahkan telor.
  • Renehkan lagi 5 minit then bole tutup api!

Voila!! Siap sudah spaghetti bandung..

IMG_0443

IMG_0445

Haaaa.. Senang kan.. Promis senang gile! 30min bole siap, then lagi berkhasiat daripada makan megi.. Hehehe.. Ok, itu saje.. Sila la makan ketika panas.. Hahaha.. Bon appetit!

2

Nasi Tomato

Posted by syazelle on Mar 2, 2009 in Foods

img_0104

nasi tomato

Rezeki melawat kawan-kawan minggu lepas, Paih bagi la kitorang (girls) perencah tumis nasi seperti nasi tomato, nasi daging dan nasi beriani. Ni first time diriku try guna resepi perencah segera untuk buat nasi. Semalam, bile nampak perancah nasi tu, tetiba teringin lak nak buat nasi tomato. Walaupun nak buat nasi nye ku guna perencah, tetapi nak buat lauk stil kene masak sendiri.. So, sebagai lauk kepada nasi tomato ku, telah ku hidangkan ayam masak merah dan sayur acar timun. Sonang ajo.. Mae la mencoba haa…

Resipi Nasi Tomato (setelah dikaji isi kandungan perencah)

Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras
  • 4 sudu serbuk perencah sup
  • 4 susu tomato puree
  • sedikit gula

Read More…