The Journey Continue- Dijon
pai- me- kak fat- kak lani- kak diy- soob- anas at Dijon
Semalam dah bercerita tentang Saint Etienne. And hari ni nak bercerita tentang stop kedua kami iaitu Dijon. Kami bertolak dari Saint Etienne 22hb Feb around pukul 12 tengahari dan sampai di Dijon around pukul 3.30. Sebenarnya perjalanan dari Saint Etienne ke Dijon just amek 2 jam lebih, tapi disebabkan kami tersalah amek jalan, so lambat la sikit sampai. Sepanjang perjalanan tu, kami berpandukan applications Iphone; Google Map dari IPhone Mdpai and pengesan kamera had laju dari Iphone ku. Sangat pratik dan memudahkan perjalanan. Perjalanan meenggunakan Google Map ni takde la 100% reliable tapi lebih praktikal daripada membentang map kertas yang besar tu. Huhuhu.. Teknologi oh teknologi..
church Gothic yang menakutkan.. banyak patung binatang-binatang scary… cube tengok btol²..
arc the triumph Dijon yang tiru Paris.. huhuh.. kak Fat kat tepi tengah menghayati pemandangan.. lol..
hari Ahad di Dijon memang hambar.. tengok ar Raja tu, bole begambar tengah jalan lagi..
Di Dijon, ade 3 orang student Malaysia, iaitu senior-senior lelaki Raja, Anas ngan Ikmal. Dijon ni sebenarnya sangat popular dengan Mustard. In French Moutard de Dijon. Moutard ni ade yang bole makan and ade gak yang tak bole sebab dorang letak wine. Kami kat Dijon tak lama hanya 4 jam je. Kami tak plan untuk tidur kat situ sebab Dijon takde pape. Hahaha.. *peace* Sebenarnya diorang ade 2 exam untuk minggu ni, so ktorg tanak la kacau dorg. Maka cukuplah sekadar melawat and lunch kebab bersama. Hahahaha..
lunch pada kul 4 ptg.. bole kire lunch lagi ke ye?? hahaha.. -raja, kak diy, kak Lani, anas, kak Fat, me and Pai
kebab and Fries.. our “lunch”
soob, ikmal and raja
anas yang baru bangun tido..
orang Malaysia berjalan beramai-ramai..
Inilah burung hantu atau Chouette iaitu maskot Dijon.. Bak kata Raja la.. tourist guide la katakan.. hahaha..
bergambar kat depan tempat pertadbiran rasanya..
selain daripada Mustard Dijon, Dijon juga terkenal dengan corak atapnya yang menarik.. Still.. ade jugak la mende menarik untuk ktorg hayati kat Dijon tu.. hihihhi..
Lepas beramah- mesra dengan rakan-rakan yang lama tak jumpa, kami pun terus meneruskan perjalanan bertolak ke Besançon (stop ketiga) dimana kami menidurkan diri di sana. Lalalala.. So, paham-paham la ye.. Sila la tunggu next post untuk tau ke mana plak ktorg mengexplore kali ni..
See ya!!














